Email
Kata Laluan
Warkah Pengerusi | Agensi | Laman Portal | Yuran Keahlian | Hubungi Kami | ke muka utama

 

 




Assalamua’laikum W.B.T.

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Salawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, dengan usaha yang tak pernah putus akhirnya wujud satu lagi portal mencari jodoh di internet, Jodoh4U.com. Benarkah pencarian jodoh di internet berhasil? Jawapannya tentu sekali benar. Manakan tidak, saya sendiri menjumpainya di sini. Justeru itu saya ingin berkongsi rahsia bersama anda semua bagaimana mendapatkan jodoh di internet.

Ketika dulu, kerja mencarikan jodoh kepada seseorang merupakan kerja orang-orang tua. Pelbagai cara yang mereka gunakan untuk mewujudkan peluang bertemu & berjodohan antara anak-anak muda mahupun janda atau duda. Kini, senario sepertinya kurang kelihatan. Mungkin kerana zaman telah berubah, kini giliran anak-anak muda pula dengan pelan baru dalam usaha menemukan jodoh dengan pendekatan internet sebagai penyambung tradisi.

Tidak dapat dinafikan zaman ini manusia berlumba-lumba mengejar ilmu, karier, harta & kekayaan hingga tuntutan rohani untuk berkahwin terpaksa diketepikan dahulu. Akibatnya wujudlah penzinaan yang berleluasa. Kajian di UKM memberitahu hanya 1 per 900 gadis belum melakukan hubungan seks sebelum bernikah. Bagi membantu membendung perkara ini, Jodoh4U.com mengalu-alukan keahlian anda supaya bersama-sama kita saling membantu mempermudah & mempercepatkan pernikahan. Apakah kita sanggup melihat mereka yang seagama & sebangsa dengan kita terus terjerumus ke kancah yang hina?

Akhir kata, semoga keahlian Jodoh4U.com mendapat manfaat & membawa harapan baru dalam pencarian jodoh anda. Teruskan berusaha & bersabar. Ingatlah Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi, usaha mencarinya di tangan sendiri.

Semoga bertemu jodoh yang sesuai & sekufu di Jodoh4U.com, insyaAllah.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.



Halaman Utama  | Bantuan Pelanggan  | Tips  | Artikel 

Copyright 2007 Jodoh4U.com. All rights reserved.
Powered by : SOULMATE FINDER AGENCY (1684865-D)
Kuala Lumpur, Malaysia.